Monday, April 23, 2012

Mencaci, Menghina dan Memerli


Zaman sekarang ini, memang banyak manusia yang berbadan besar. Hampir 50% manusia di Malaysia ini berbadan besar. Walaupun mereka ini berbadan besar tapi kita sebegai manusia tidak layak langsung untuk memerli atau menghina mereka.
Antara contoh hinaan/cacian/keperlian yang diberi kepada manusia berbadan besar ini ialah memberitahu mereka betapa besarnya badan mereka, mengsamakan mereka dgn binatang yang besar saiznya, memberitahu mereka bahawa mereka perlu berhenti makan dan jugak memanggil mereka dengan panggil GEMOK ataupun MOK. Memang tidak salah untuk menasihati mereka untuk mengurangkan pemakanan mereka tapi cara menasihatkan mereka itu perlulah dengan baik. Tidak perlulah untuk memerli mereka dengan cara menjerit kepada mereka, memerli bentuk badan mereka. Kasihan lah mereka, mereka juga manusia biasa.
Adakah ia kesalahan untuk memakan makanan yang mereka suka? Salah ke untuk memuaskan nafsu pemakanan mereka? Salah ke untuk memaksimumkan kepuasan dan kehendak mereka? Saya rasa tidak salah. Saya juga berbadan besar, dan saya berbangga menjadi badan besar. Sekurang kurangnya saya tidak mengacau pihak lain. Tapi mengapakah pihak lain begitu benci dan memandang hina terhadap manusia yang berbadan besar ini?
Kamu semua rasa kami yang berbadan besar ni mahu ke menjadi gemuk? Kami  sendiri tidak mahu. Kerana kami tahu, apabila menjadi gemuk semua pasti akan mencaci, menghina dan memandang rendah terhadap orang yang berbadan besar. Tetapi kami tidak mempedulikan langsung apa yang dikata oleh masayarakat diluar sana. Kepada kami, asalkan kami bahagia pun sudahlah. Tiada siapa ingin menjadi gemuk, kalau boleh semua mahu menjadi MODEL.
Kami semua sama, umat Islam. Tidak perlu untuk mencaci, menghina dan memerli satu sama lain. Saya rasa tidak perlu untuk kita memandang serong terhadap manusia yang berbadan besar ini. Mereka tidak pernah mengacau manusia lain, mereka hanya memakan makanan yang mereka gemari. Adakah ini satu jenayah?
Mencaci mereka dgn kata kata kesat  boleh menyebabkan mereka hilang semangat untuk meneruskan kehidupan mereka dan mereka juga boleh membunuh diri kerana tidak tahan dengan segala cacian dan hinaan yang dilemparkan terhadap mereka. Sama seperti orang lain, saya pasti setiap manusia tidak suka diperli, dicaci dan dihina. Terutamanya di khalayak ramai, tentu mereka akan merasa begitu rendah darjat mereka, begitu hina mereka ini.
Allah tidak pernah menyuruh kita untuk memandang rendah terhadap manusia lain, tidak kiralah berbadan besar atau berbadan kecil. Allah sendiri tidak menilai kita, ni apatah lagi kita hanya hamba Allah yang semuanya sama di mata Allah. Luaran kita tidak penting, hati itu lagi penting. Apa gunanya mempunyai muka yang cantik tetapi berperangai tidak senonoh? Pasti akan dipandang hina juga.
Seperti orang barat selalu kata, NO ONES PERFECT. Tiada siapa sempurna. Mereka semua ada hasrat untuk menjadi kurus, ada impian untuk menjadi seperti model, bagilah semangat kepada mereka, bukan dengan cara mencaci, menghina dan merendahkan diri mereka. Mereka juga mempunyai harga diri. Jadi janganlah kita mencaci, menghina ataupun memerli sesiapa sahaja di muka bumi ini. Kerena kita semua hanya manusia biasa yang diperbuat daripada tanah dan akan kembali sebagai tanah juga. 

No comments: